Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku |
Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Salah satu kaedah yang wafa pelajari daripada satu seminar untuk membantu kanak-kanak mencapai kebolehan ini adalah kaedah fonik. Kaedah fonik adalah salah satu pendekatan untuk mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat dan lancar pada usia awal.
Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajarkan bunyi-bunyi dalam bahasa pertuturan, bahasa Melayu contohnya, dan simbol huruf yang dikaitkan dengan bunyi tersebut. Bunyi /a/ contohnya akan dikaitkan dengan huruf ‘a’ (sebut nama huruf -/ei/), /i/ contohnya akan dikaitkan dengan huruf ‘i’ (/ai/). Apabila kanak-kanak melihat huruf-huruf mereka akan membunyikan simbol-simbol tersebut.
Wafa juga diajar menyanyi lagu “Abu Ada Ayam”. Kanak-kanak pada tahap taska iaitu 3 tahun ke bawah lebih suka belajar bunyi melalui lagu dan pergerakan kreatif menyebut bunyi tanpa perlu ditunjukkan simbol huruf lagi.
Set Kad Huruf & CD Lagu Abu Ada Ayam |
Kelebihan Kaedah Fonik Gabung-Bunyi Bacalah Anakku
Melalui kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan ReadEasy anda tidak perlu mengajar A,B,C kerana ABC tidak bermakna kepada kanak-kanak. Mereka hanya perlu tahu BUNYI yang dikaitkan dengan symbol (huruf) yang diajar sahaja.
Tahukah anda?
Sebuah kajian di Yale University membuktikan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi.
Selain itu, Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku adalah siri pertama yang disusun berdasarkan kaedah fonik semenjak tahun 1990.
Tambahan lagi, hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja dalam Bahasa Malaysia yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak supaya mereka dapat membaca semua perkataan.
Berdasarkan kajian, Latihan Asosiasi ataupun dikenali sebagai ‘kinesthetic learning style’ membuktikan cara ini telah meningkatkan ‘learning outcomes for all students’.
Tips Mengajar di Rumah
![]() |
Imej oleh Sean MacEntee |
Tips 1: Masa mesti singkat
Kanak-kanak kecil hanya dapat memberi tumpuan yang singkat sahaja semasa belajar. Oleh itu, luangkan masa untuk mengajar di antara 2-5 minit sahaja.
![]() |
Imej oleh Finn Frode |
Tips 2: Berhenti sebelum jemu
Pastikan anda berhenti SEBELUM mereka jemu supaya mereka masih berasa gembira. Pengalaman akhir akan memudahkan mereka senang dengan belajar.
Tips 3: Kerap, kerap, kerap
Ulang aktiviti belajar 2-3 kali sehari sama ada selepas anda pulang dari kerja, selepas makan malam atau selepas rancangan TV atau sebelum tidur.
Tips 4: Keep cool
Untuk memastikan anak anda belajar dengan baik dan sukakan anda, pastikan anda sentiasa cool, tenang dan ceria semasa mengajar. Elakkan diri daripada marah, tidak sabar, memaksa atau mendera.
![]() |
Imej oleh Pascal |
Tips 5: Beri pujian dan hadiah
Banyakkan pujian-pujian yang boleh menggalakkan mereka sentiasa hendak belajar dan memberikan hadiah-hadiah yang sesuai untuk mengekalkan minat dan tumpuan belajar.
Tips 6: Belajar sambil bermain
Bermain adalah dunia kanak-kanak. Masukkan unsur bermain dalam sesi belajar anak anda seperti aksi asosiasi, berlari merebut kad, main memori game, pijak huruf, teka huruf, dan sebagainyasupaya mereka sentiasa teruja untuk belajar.
Sumber:
- www.readnetwork.com
- http://bukuonline2u.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan