Khamis, 4 Oktober 2018

Makanan Korea Murah Di Penang ( Korean Cafe ShwimPyo)



      Assalamualaikum, ramai yang tahu Penang ialah tempat surga makanan. So hari ini saya nak memperkenalkan tempat makanan korea yang sedap dan yang paling penting murah. Setakat ini  jujur saya katakan makanan yang korea yang pernah saya makan tidak setanding dengan makanan di Korea Cafe ShimPyo. Siapa yang datang tidak akan menyesal. Ini review serba sedikit tentang menu yang saya order. 
  • Bulgogi Ddukbaegi (Beef soup in a hot-pot with a noodle) - RM 13
Bulgogi Ddukbaegi
Rasa lain dari yang lain, saya ingatkan rasa macam daging masak kicap or daging masak hitam. Rasa manis yang bukan manis gula, tapi manis air daging. Memang nikmat bila makan dengan nasi sekali dengan kimchi. Kuantiti makanan yang boleh kongsi dua orang.
  • Kimchi Ramyun (chicken / beef) - RM 10
Kimchi Ramyun
Untuk Kimchi Ramyun ni agak pelik sikit sebab dia ada kategori pedas dia. Ada Level 1, Level 2 dan Level 3. Untuk Level 3 super pedas dan tidak digalakkan untuk orang yang tak tahan pedas. Setakat ini saya ambil Level 2, itu pun pedas bagi saya yang memang menggemari makanan pedas. Rasa dia sedap tapi saya lebih suka lagi pedas Samyang. 

  • Cheese Ddeokbokki - RM 12
Cheese Ddeokbokk
Pertama kali saya makan, rasa fish cake dia kenyal-kenyal. Sedap, pedas dan rasa cheese. Benda wajib beli lepas pesan main dish.
  • Mandu (Dumplings)
Mandu
Mandu ini biasa sahaja bagi saya. Tapi boleh saja order kalau ingin cuba.

  • Jajangmyun (Korean black bean sauce noodle)
Jajangmyun
Saya teringin sangat nak makan Korean black bean ni sebab terpengaruh dengan Running Man. Cara running man members makan memang menyelerakan. Tapi apakan daya masa tu jajangmyun dah habis stock. Next time saya datang lagi memang saya nak order menu ni. Hehehe

Antara menu yang terdapat di Korean Cafe ShwimPyo

Main dish
Main dish
Main dish
Minuman
Korean Cafe ShwimPyo


Korean Cafe ShwimPyo
Ulasan
  • Murah, sedap dan wajib datang lagi.
Sumber gambar :
Facebook : Korean Cafe ShwimPyo

Untuk Maklumat Lanjut :
No. Tel : 014-507 6036
Facebook : ShwimPyo

Lokasi



-Selamat Mencuba-

Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

2 ulasan: