Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

Sabtu, 21 November 2015

Restoren Me'nate Steak House, Setapak


A photo posted by wafa wonders (@wafawonders) on


Restoren Me'nate Steak House merupakan salah satu restoren makan barat yang digemari penulis kerana Me'nate menawarkan variasi makan barat yang enak dengan harga yang berpatutan. Jika anda pengemar daging ini tempat yang sesuai untuk anda cuba.


A photo posted by wafa wonders (@wafawonders) on

Salah satu hidangan kegemaran saya


A photo posted by wafa wonders (@wafawonders) on


Kepada bukan peminat daging, jangan risau kerana restauran ni juga menghidangkan hidangan seperti spegeti, ikan (salmon) dan king prawn.

Setakat pengetahuan penulis, Me'nate mempunyai dua cawangan, tetapi penulis hanya sering berkunjung ke Me'nate yang berada di Setapak ini.


Apa yang saya suka:
  1. Suasana yang "open air" serta mesra keluarga.
  2. "Free flow" minuman dengan setiap pembelian menu utama.
  3. Pelayan yang mesra
  4. Service yang pantas
Rating: 4/5

Selasa, 6 Oktober 2015

Melayu Cili Api Steamboat & Grill Menawarkan Pelbagai Pilihan Makanan

Harga untuk seorang

Melayu Cili Api Steamboat & Grill ini baru saja buka di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Walaupun restauran ini baru sahaja dibuka tahun ini,restoran menjadi tumpuan para pelajar UTHM  (Universiti Tun Hussein Onn) dan penduduk disini kerana harga yang berbaloi dan berdekatan dengan tempat perumahan.
Pintu Masuk Melayu Cili Api Steamboat & Grill
 Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan untuk dipilih oleh pengemar steamboat dan grill seperti ayam, daging kambing, seafood dan pelbagai jenis berbola. 

Menu lain yang terdapat disini seperti nasi goreng, bihun goreng,mee goreng, sayur-sayuran,buah-buahan dan banyak lagi. Selain itu, pelbagai jenis ais krim juga terdapat disini. Harga yang sangat berbaloi dan pelbagai pilihan.
Sayur-sayuran yang pelbagai
Menu lain seperti nasi goreng, mee goreng  dan bihun goreng
Pelbagai jenis makanan laut
Pelbagai jenis berbola untuk pengemar steamboat

Salah satu pilihan ais krim (mints)
Terdapat juga makanan sampingan untuk kanak-kanak
Tidak lupa terdapat pelbagai jenis sos pencicah dan ikan bakar yang dibakar panas untuk pelanggan. Melayu Cili Api Steamboat & Grill juga menyediakan  2 jenis kuah tomyam dan sup untuk dipilih.

Pilihan sos pencicah
Ikan bakar panas
Antara pilihan Wafa
Bagi Wafa, restauran ini sesuai untuk keluarga kerana tempat yang sangat selesa dan mempunyai perhiasan yang cantik. Di sini juga menyediakan kemudahan surau bagi yang beragama Islam.

Tempat yang selesa
Antara hiasan dinding
Surau
Wafa mengajak pembaca untuk mencuba di restoran Melayu Cili Api Steamboat & Grill kerana harga yang sangat berpatutan dan terdapat pelbagai pilihan yang menarik.





Lokasi Melayu Cili Api Steamboat & Grill


Untuk Maklumat Lanjut :
No tel : 013-290 0859 

Waktu Operasi :

Info dan Harga Melayu Cili Api Steamboat & Grill


-Selamat Mencuba-



Khamis, 27 Ogos 2015

Sixty9 Islamic Steakhouse, Taman Melawati

Steakhouse - Sixty9 Islamic Steakhouse 

Pintu Masuk Sixty9 Islamic Steakhouse

Hari ini Wafa telah pergi ke Sixty9 Islamic Steakhouse yang terletak di Taman Melawati. Salah satu steakhouse yang Wafa syorkan untuk pengemar makanan barat.

Buku Menu di Sixty9 Islamic Steakhouse
Steakhouse ini beroperasi pada pukul 11.30 pagi sehingga 11.30 malam setiap hari. Terletak di Lorong Sarawak, Melawati Urban 1, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Antara menu yang Wafa pesan :

Beef Rib dengan BBQ sos
Lamb Shank

Speghetti aglio e olio
Pelbagai menu yang terdapat di Sixty9 Islamic Steakhouse  :
  • Oriental Chicken Chop marinated boneless chicken served with BBQ sauce
  • Seafood Platter
  • Lamb Chop
  • Double Lamb Rack
  • Pizza freshly made and baked in  Italian styled stove
  • Salad 
  • Spaghetti Marinara
  • Signature Burger
  • Kid's Fish and Chips
  • Dessert :

Fudgy Brownies
Victoria Sandwish Cake
Chocolate cake with creamy Cheesecake filling
Strawberry Confetti Cake
Red Velvet cupcakes and Devil's Food choc cupcakes with M&M's @ Cheesecake + Oreo 


Lokasi Sixty9 Islamic Steakhouse



Untuk maklumat lanjut :
No. tel :013- 41621312 atau 

Info tentang Sixty9 Islamic Steakhouse

Rating Wafa Wonders : 4.5/5

Ulasan : 
  • Lamb dan Beef sedap dan lembut. 
  • Saiz yang besar dalam setiap hidangan. 
  • Layanan sangat bagus dan pantas.
  • Suasana persekitaran yang selesa.
Sumber :

2. Dessert