 |
Harga untuk seorang |
Melayu Cili Api Steamboat & Grill ini baru saja buka di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Walaupun restauran ini baru sahaja dibuka tahun ini,restoran menjadi tumpuan para pelajar UTHM (Universiti Tun Hussein Onn) dan penduduk disini kerana harga yang berbaloi dan berdekatan dengan tempat perumahan.
 |
Pintu Masuk Melayu Cili Api Steamboat & Grill |
Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan untuk dipilih oleh pengemar steamboat dan grill seperti ayam, daging kambing, seafood dan pelbagai jenis berbola.
Menu lain yang terdapat disini seperti nasi goreng, bihun goreng,mee goreng, sayur-sayuran,buah-buahan dan banyak lagi. Selain itu, pelbagai jenis ais krim juga terdapat disini. Harga yang sangat berbaloi dan pelbagai pilihan.
 |
Sayur-sayuran yang pelbagai |
 |
Menu lain seperti nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng |
 |
Pelbagai jenis makanan laut |
 |
Pelbagai jenis berbola untuk pengemar steamboat |
 |
Salah satu pilihan ais krim (mints) |
 |
Terdapat juga makanan sampingan untuk kanak-kanak |
Tidak lupa terdapat pelbagai jenis sos pencicah dan ikan bakar yang dibakar panas untuk pelanggan. Melayu Cili Api Steamboat & Grill juga menyediakan 2 jenis kuah tomyam dan sup untuk dipilih.
 |
Pilihan sos pencicah |
 |
Ikan bakar panas |
 |
Antara pilihan Wafa |
Bagi Wafa, restauran ini sesuai untuk keluarga kerana tempat yang sangat selesa dan mempunyai perhiasan yang cantik. Di sini juga menyediakan kemudahan surau bagi yang beragama Islam.
 |
Tempat yang selesa |
 |
Antara hiasan dinding |
 |
Surau |
Wafa mengajak
pembaca untuk mencuba di restoran Melayu Cili Api Steamboat & Grill kerana harga yang sangat berpatutan dan terdapat pelbagai pilihan yang menarik.
Lokasi Melayu Cili Api Steamboat & Grill
Untuk Maklumat Lanjut :
No tel : 013-290 0859
Waktu Operasi :
 |
Info dan Harga Melayu Cili Api Steamboat & Grill |
-Selamat Mencuba-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan