Perjalanan daripada Paris ke Amsterdam merupakan pengalaman berharga untuk Wafa kerana perjalanan yang mengambil masa 3 jam itu memperlihatkan keindahanan ciptaan Allah SWT.
Paris Nord atau Gare du Nord merupakan titik perjalanan Wafa ke Amsterdam yang dikenali dengan binaan iconik, Kincir Angin.
Wafa menggunakan perkhidmatan keretapi
Thalys untuk ke Amsterdam. Dinasihatkan supaya membeli tiket ini lebih awal kerana harga tiket berubah seperti tiket penerbangan. Wafa bernasib baik kerana membeli awal kerana jika dibeli pada hari bertolak harga tiket mungkin lebih daripada dua kali ganda dan hanya premium tiket sahaja yang masih ada.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh16FJ7Uea65UnX3Rr08NbuyvRYwakBarZKl52Lj132hT6fPbGxFqAOVO6yu1xKz-z7KFbHfQflFcDvLjAotvHnBXGJWMgIv5rioTys_LSZU1Wd2VEnArUP1w5X2MiZJg77dk_hW_Pjtn5g/s640/amsterdam_central.jpg) |
Pemandangan Amsterdam Central dari luar oleh slapers |
Kagum melihat keindahan bangunan lama yang menjadi sebuah stesen utama di Belanda. Amsterdam Central ini seperti KL Sentral di Kuala Lumpur jika di Malaysia. Amsterdam Central menjadi pusat menghubungkan Amsterdam dengan bandar-bandar lain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqNNOKYm3lFJMsBZyukqXtIiGfXZBu50B4lTWaaT6HBoGAqYDtGk33xbawbkLt0Nlui3M0-oKgRWGL54AbsXXzRvZmSwYPeFiyyqsVbI4TfGwl9azzISMYeTHvykDRgT00d2GDEnv160gE/s640/amsterdam_basikal.jpg) |
Penunggang Basikal di Belanda oleh faceme |
Satu perkara yang menyebabkan Wafa jatuh cinta dengan bandar ini adalah basikal menjadi pengangkutan utama di sini. Malah laluan khas dibina untuk penunggang basikal di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan