Perjalanan ke daripada Amsterdam Central ke Zaanse Schans hanya memakan masa 20 minit dengan mengunakan perkhidmatan keretapi Sprinter. Pembaca yang ingin ke sini perlu turun di stesen Koog-Zaandijk.
sss
Pembaca perlu berjalan hampir 2 kilometer untuk sampai ke Zaanse Schans. Penat? Tidak perlu risau, pemandangan sepanjangan perjalananan mampu membuatkan anda lupa tentang jarak yang jauh itu.
Tips untuk anda, ada sebuah mesin peta kawasan sekitar stesen itu untuk menjadi panduan anda bersiar-siar di situ, Semasa Wafa di sana, seorang wanita Belanda yang peramah membantu Wafa mendapatkan peta tersebut. Dankjewel (terima kasih dalam bahasa Belanda).
Berikut adalah tempat yang sempat dilawati oleh Wafa:
Kedai Pembuatan Keju
Di sini pengunjung dapat melihat pelbagai jenis keju. Namun agak mengecewakan kerana Wafa menyangka akan ada orang menunjukkan cara menghasilkan keju namun proses itu hanya ditunjukan di kaca television.
Terompah Kayu
Sebaik sahaja anda masuk ke rumah terompah ini, anda akan disajikan dengan sejarah menghasilaan terompah ini. Ada pelbagai jenis terompah dipamerkan di sini. Cantik dan unik.
Jika kena pada masanya, pengunjung dapat melihat sendiri demonstrasi pembuatan terompany ini secara langsung. Ia sangat menghiburkan.
Kincir Angin
Jika tidak silap Wafa, ada beberapa belas kincir angin di sekitar Zaanse Schans. Anda boleh masuk ke dalam kincir angin ini dengan sedikit yuran masuk.
Itu sahaja daripada Wafa.