Assalamualaikum w.b.t,
Mencari baju untuk bersukan adalah amat susah bagi yang wanita Islam yang berhijab. Banyak halangan bagi mereka yang berhijab untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersukan. Antaranya, pemakaian yang sesuai dan menutup untuk dipakai semasa melakukan aktiviti bersukan. Masalah pemakaian yang tidak sesuai bagi yang berhijab telah menghadkan kebebasan untuk wanita Islam berhijab dalam melakukan aktiviti bersukan.
IMAGE: JIM MONE/ASSOCIATED PRESS
Pemakaian wanita Islam berhijab untuk bersukan mestilah menutup lengan, kaki, kepala dan leher.
Anda mesti kenal dengan hijabista Hanna Tajima kan? Hijabista Hana Tajima dan Uniqlo memiliki koleksi pakaian sukan yang bersesuaian dengan wanita Islam yang berhijab.
IMAGE: UNIQLO
Koleksi Hanna Tajima x Uniqlo memperincikan rekaan pakaian yang ringan serta mudah bergerak. Koleksi ini juga menekankan konsep tradisional, keselesaan, kesederhanaan dan tidak lupa juga versatile.
IMAGE: UNIQLO
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan