Rabu, 29 Julai 2015

Pilihan Selain Hotel - Airbnb.com


Salah satu faktor penting dalam perancangan seseorang pengembar/pelawat adalah tempat penginapan. Ini kerana penginapan adalah kos paling tinggi dalam perbelanjaan sebuah pengembaraan. Penulis mengalami masalah yang sama semasa ingin ke Bandar Amsterdam, Belanda. Harga hotel terlalu tinggi kerana tukaran mata wang ringgit ke euro. Namun penulis menemui jalan penyelesaian, AirBnb.



Airbnb adalah sebuah ruang niaga/marketplace yang mengumpulkan host yang menyediakan ruang penginapan lebih daripada 190 negara dan pelbagai jenis penginapan disediakan.




Anda ingin tinggal di istana mungkin di sini anda berpeluang mengalami pengalaman itu.



Sumber:
Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Sabtu, 25 Julai 2015

Sukan Dan Fesyen


Assalamualaikum w.b.t, 
Mencari baju untuk bersukan adalah amat susah bagi yang wanita Islam yang berhijab. Banyak halangan bagi mereka yang  berhijab untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersukan. Antaranya, pemakaian yang sesuai dan menutup  untuk dipakai semasa melakukan aktiviti bersukan. Masalah pemakaian yang tidak sesuai bagi yang berhijab telah menghadkan kebebasan untuk wanita Islam berhijab dalam melakukan aktiviti bersukan.
Muslim Girls Athletic Wear   
                                                                        IMAGE: JIM MONE/ASSOCIATED PRESS
Pemakaian  wanita Islam berhijab untuk bersukan mestilah menutup lengan, kaki, kepala  dan leher.

Anda mesti kenal dengan hijabista Hanna Tajima kan?  Hijabista Hana Tajima dan  Uniqlo memiliki koleksi pakaian sukan yang bersesuaian dengan wanita Islam yang berhijab.

265N046A_163117_13_A1
                                                                                                                                                                                                          IMAGE: UNIQLO

Koleksi  Hanna Tajima x Uniqlo memperincikan rekaan pakaian yang ringan serta mudah bergerak.  Koleksi ini juga menekankan konsep tradisional, keselesaan, kesederhanaan dan tidak lupa juga versatile.
235F144A_163967_69_A1
                                                                                                                                                                                                      IMAGE: UNIQLO

Sumber:


Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Sabtu, 4 Julai 2015

Logo Wafa Wonders Blog


Alhamdullilah,

Setelah bertungkus-lumus menyiapakan logo dan banner blog ini akhirnya siap juga.Inilah hasilnya.

Logo



Banner


Apa pendapat pembaca. Cantik?

Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Rabu, 1 Julai 2015

Yang Mana Satu?


Assalammualaikum wbt.

Wafa ada masalah besar. Hari Raya semakin hampir tetapi Wafa masih tidak memiliki baju raya lagi. Boleh sahabat-sahabat semua bantu Wafa? Wafa ada dua pilihan di hati.



sumber:
BellaAmmara
Tudung People
Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen