Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah diberi kesempatan menamatkan ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan elektrik selama 4 tahun. Sekarang adalah permulaan kehidupan seorang manusia dalam mencari kehidupan yang sebenarnya. Ayat agak skema tapi inilah realiti kehidupan. Ini pengalaman sepanjang kena interview dengan Panasonic.
Saya apply melalui
Jobstreet. Macam biasa Jobstreet ialah salah satu platform yang sangat terkenal bagi fresh graduate macam saya. Masa dapat email dari Panasonic, mestilah hati berbunga sebab dapat interview dari company hebat macam tu. Tapi bila baca email, memang berbelah bahagi sebab terpaksa study balik from A to Z. Rasa otak dah tak boleh terima je selepas dah habis belajar nie.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj18_SMjyT8JbWo51hGbpcayYlzrhnwYAZ5j3KuzKBJ80UuGJXtDjN7q-kCwSFu62CcBeCjqq4u0BJ8FxGdgLTEXoLpQ5agWSd74dCuLsHc14xDrcUL0tRTpVtoio9OM-TytXsaOG-UAGce/s640/R%2526D.png) |
Email Panasonic
Pengalaman semasa di Panasonic
Sebelum pergi interview make sure follow apa yang dia minta supaya tak gelabah nanti kat sana. Masa dekat sana nanti, kita kena lapor diri di pondok guard hadapan pintu pagar. Nasib baik datang awal sebab kat sana ada banyak kilang yang tulis Panasonic, kena make sure kilang tu Panasonic AVC sebab takut salah masuk kawasan kilang Panasonic yang lain. Gambar bawah route KTM dengan lokasi Panasonic AVC.
Untuk sesi saya, sepuluh orang sepatutnya tapi yang datang hanya 9 orang. Selepas lapor diri akan ada orang yang akan bawa sampai dekat pejabat kilang. Masa tu lah ada HR yang ambil alih untuk sepanjang sesi interview kat sana. HR tu bawa kami semua masuk ke bilik meeting yang lengkap dengan LCD besar dan meja meeting yang berbentuk 'U'. Masa tu HR minta kami isi borang peribadi dengan expected salary yang kita nak. Selepas habis isi borang, HR minta semua documents yang dah bagi tahu dalam email.
Technical Theory Paper
Masa kat sana nanti akan ada 2 ujian yang kita kena buat. Soalan electrical theory dengan soalan berkenaan nombor.
Untuk soalan electrik, mesti study betul-betul tajuk yang dia bagi dalam email. Kebanyakkan soalan tu suruh lukis waveform dengan lukis circuit. Soalan transistor,soalan yang susah sebab sempat study basic sahaja. Study betul-betul untuk topic transistor dengan filter. Semasa jawab soalan theory, ada seorang lelaki keluar dari bilik meeting terus bawa beg. Rasanya dia dah give up terus balik. Agak susah bagi yang tidak study betul-betul macam saya. Heheheh. Tapi saya mengaku banyak soalan yang saya tinggalkan kosong.
Untuk soalan berkenaan nombor, saya tak pasti kenapa dia bagi kertas yang panjang lebih kurang satu depa tangan penuh dengan nombor. Jangkaan saya mungkin untuk mengetahui level stress kita bila jawab soalan nombor dalam masa yang diberikan. Setiap satu baris nombor diberi masa 1 minit untuk mengira. Selepas itu, untuk satu minit yang seterusnya kita kena menjawab barisan bawah pula dan seterusnya.
Temu Duga
Selepas menjawab soalan, kami diberikan masa untuk rehat dan solat. Tinggal 8 orang yang ada dalam bilik meeting. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap satu kumpulan ada 4 orang. Di tempatkan di dalam kumpulan kedua yang mempunyai tiga perempuan dan seorang lelaki. Semasa berada di dalam bilik temuduga, ada dua orang panel berbangsa India, seorang perempuan dan HR. Dalam kumpulan dua, ada yang sudah jadi engineer ada yang sudah berpengalaman dalam research dan ada yang pandai berkata-kata. Semangat terus merudum masa dalam bilik temuduga tu. Rasa macam nak lari dari bilik tu bila confident level merudum jatuh. Aduh.Hahahah.
Antara soalan yang ditanya :
- Tell about yourself
- What is your strength?
- Tell us about your final year project
- Difficulty in your final year project
- Why we need you?
- In 5 years, what is your achievement in this company?
- Product of Panasonic AVC ?
Nasihat
Nasihat yang dapat saya berikan sekiranya anda dapat interview Panasonic adalah sentiasa bersedia dari segi mental. Study betul-betul topic yang diberi tahu dari A to Z. Pastikan anda bersiap sedia dengan soalan yang diberikan oleh panel. Kemungkinan soalan tambahan yang akan diberikan oleh panel untuk melihat tahap knowledge kita dalam dunia R&D. Mereka hanya akan contact kepada yang berjaya sahaja melalui telephone.
SEMOGA BERJAYA
|