Selasa, 10 Januari 2017

Western Food Murah dan Sedap di Parit Raja, Batu Pahat.


Leezo Container

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya Wafa tak update sebab busy. Alhamdulillah, semuanya dah selesai dan ini mungkin masanya Wafa kembali aktif...cewahhh...Jangan risau,Wafa tidak dibayar untuk recommend restaurant ini ye, ini semua comment jujur dari Wafa setelah mencuba makan disini. Leezo Container ni tak pernah lengang dengan orang, mesti ramai je orang. Wafa pergi hari tu pon terpaksa tunggu sekejap sebab tak cukup tempat duduk. Salah Wafa juga sebab datang lambat walaupun dah tahu Leezo mesti ramai. Nasihatkan datang awal, kalau tak nak kelaparan sebab menunggu tempat duduk. Leezo Container ni ada dua cawangan, di Parit Raja dan Batu Pahat. Wafa makan di Parit Raja sebab berdekatan dengan rumah. Wafa akan share sikit pengalaman makan kat sini dan jangan risau kemudahan surau di sediakan.


Dekat Leezo Container nie terdapat pelbagai makanan western, makanan kampung dan juga pencuci mulut super marvelous yang anda kena cuba. Harga yang sangat berpatutan dan yang paling penting layanan yang sangat cepat. Sekejap je makanan sampai lepas anda order. Pengacara Jalan-jalan Cari Makan (JJCM), Naz pernah makan kat sini. Anda bila lagi?

 JJCM
TomYam  ( JJCM )
Spaghetti Carbonara (JJCM )

Tomyam dan spaghetti carbonara makan yang wajib Wafa order. Memang favorite Wafa makanan ini, so no wonder lah Wafa akan order dua makanan ni. Tapi memang Wafa recommend dua makanan nie sebab memang sedap.

Lamb Chop

Wafa tak pernah lagi la makan lamb chop dan burger kat sini. Tak sempat nak cuba semuanya, tapi kawan Wafa cakap sedap. Kawan yang cakap, bukan Wafa ye...Banyak lagi jenis burger yang ada kat sini. Pineapple Beef Cheese Burger salah satu menu burger yang ada kat Leezo Container.

Pineapple Beef Cheese Burger 

Wafa pernah cuba Chicken Grill Combo, bagi Wafa biasa-biasa je. Nothing special. Kalau anda nak cuba apa salahnya, mungkin kena dengan cita rasa anda. Lain orang lain cita rasa gitu.

Chicken Grill Combo

Banyak lagi menu makanan yang ada kat sini. Wafa tak dapat nak ingat satu persatu menu kat Leezo nie. Wafa pon terlupa nak snap pic menu kat Leezo. Maklumlah excited setiap kali makan kat sini, lupa semuanya. Wafa tinggalkan details kat bawah, mana lah tahu nak cuba makan kat sini lepas baca blog Wafa.

Leezo Container

Maklumat lanjut :
Instagram : Leezo Restaurant
No. Tel : 019-7566080 / 019-7701040
Waktu Operasi : 5.00 pm - 12.15 am
Tutup : Monday





-SELAMAT MENCUBA-
Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen