Ahad, 26 November 2017

Interview R&D Electrical Engineer Panasonic


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah diberi kesempatan menamatkan ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan elektrik selama 4 tahun. Sekarang adalah permulaan kehidupan seorang manusia dalam mencari kehidupan yang sebenarnya. Ayat agak skema tapi inilah realiti kehidupan. Ini pengalaman sepanjang kena interview dengan Panasonic.

Saya apply melalui Jobstreet. Macam biasa Jobstreet ialah salah satu platform yang sangat terkenal bagi fresh graduate macam saya. Masa dapat email dari Panasonic, mestilah hati berbunga sebab dapat interview dari company hebat macam tu. Tapi bila baca email, memang berbelah bahagi sebab terpaksa study balik from A to Z. Rasa otak dah tak boleh terima je selepas dah habis belajar nie.

Email Panasonic

Pengalaman semasa di Panasonic

Sebelum pergi interview make sure follow apa yang dia minta supaya tak gelabah nanti kat sana. Masa dekat sana nanti, kita kena lapor diri di pondok guard hadapan pintu pagar. Nasib baik datang awal sebab kat sana ada banyak kilang yang tulis Panasonic, kena make sure kilang tu  Panasonic AVC sebab takut salah masuk kawasan kilang Panasonic yang lain. Gambar bawah route KTM dengan lokasi Panasonic AVC.





Untuk sesi saya, sepuluh orang sepatutnya tapi yang datang hanya 9 orang. Selepas lapor diri akan ada orang yang akan bawa sampai dekat pejabat kilang. Masa tu lah ada HR yang ambil alih untuk sepanjang sesi interview kat sana. HR tu bawa kami semua masuk ke bilik meeting yang lengkap dengan LCD besar dan meja meeting yang berbentuk 'U'. Masa tu HR minta kami isi borang peribadi dengan expected salary yang kita nak. Selepas habis isi borang, HR minta semua documents yang dah bagi tahu dalam email.

Technical Theory Paper

Masa kat sana nanti akan ada 2 ujian yang kita kena buat. Soalan electrical theory dengan soalan berkenaan nombor.

Untuk soalan electrik, mesti study betul-betul tajuk yang dia bagi dalam email. Kebanyakkan soalan tu suruh lukis waveform dengan lukis circuit. Soalan transistor,soalan yang susah sebab sempat study basic sahaja. Study betul-betul untuk topic transistor dengan filter. Semasa jawab soalan theory, ada seorang lelaki keluar dari bilik meeting terus bawa beg. Rasanya dia dah give up terus balik. Agak susah bagi yang tidak study betul-betul macam saya. Heheheh. Tapi saya mengaku banyak soalan yang saya tinggalkan kosong.

Untuk soalan berkenaan nombor, saya tak pasti kenapa dia bagi kertas yang panjang lebih kurang satu depa tangan penuh dengan nombor. Jangkaan saya mungkin untuk mengetahui level stress kita bila jawab soalan nombor dalam masa yang diberikan. Setiap satu baris nombor diberi masa 1 minit untuk mengira. Selepas itu, untuk satu minit yang seterusnya kita kena menjawab barisan bawah pula dan seterusnya. 

Temu Duga

Selepas menjawab soalan, kami diberikan masa untuk rehat dan solat. Tinggal 8 orang yang ada dalam bilik meeting. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap satu kumpulan ada 4 orang. Di tempatkan di dalam kumpulan kedua yang mempunyai tiga perempuan dan seorang lelaki. Semasa berada di dalam bilik temuduga, ada dua orang panel berbangsa India, seorang perempuan dan HR. Dalam kumpulan dua, ada yang sudah jadi engineer ada yang sudah berpengalaman dalam research dan ada yang pandai berkata-kata. Semangat terus merudum masa dalam bilik temuduga tu. Rasa macam nak lari dari bilik tu bila confident level merudum jatuh. Aduh.Hahahah.

Antara soalan yang ditanya :
  • Tell about yourself
  • What is your strength?
  • Tell us about your final year project
  • Difficulty in your final year project
  • Why we need you?
  • In 5 years, what is your achievement in this company?
  • Product of Panasonic AVC ?

Nasihat

Nasihat yang dapat saya berikan sekiranya anda dapat interview Panasonic adalah sentiasa bersedia dari segi mental. Study betul-betul topic yang diberi tahu dari A to Z. Pastikan anda bersiap sedia dengan soalan yang diberikan oleh panel. Kemungkinan soalan tambahan yang akan diberikan oleh panel untuk melihat tahap knowledge kita dalam dunia R&D. Mereka hanya akan contact kepada yang berjaya sahaja melalui telephone.

SEMOGA BERJAYA









Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Selasa, 10 Januari 2017

Western Food Murah dan Sedap di Parit Raja, Batu Pahat.


Leezo Container

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya Wafa tak update sebab busy. Alhamdulillah, semuanya dah selesai dan ini mungkin masanya Wafa kembali aktif...cewahhh...Jangan risau,Wafa tidak dibayar untuk recommend restaurant ini ye, ini semua comment jujur dari Wafa setelah mencuba makan disini. Leezo Container ni tak pernah lengang dengan orang, mesti ramai je orang. Wafa pergi hari tu pon terpaksa tunggu sekejap sebab tak cukup tempat duduk. Salah Wafa juga sebab datang lambat walaupun dah tahu Leezo mesti ramai. Nasihatkan datang awal, kalau tak nak kelaparan sebab menunggu tempat duduk. Leezo Container ni ada dua cawangan, di Parit Raja dan Batu Pahat. Wafa makan di Parit Raja sebab berdekatan dengan rumah. Wafa akan share sikit pengalaman makan kat sini dan jangan risau kemudahan surau di sediakan.


Dekat Leezo Container nie terdapat pelbagai makanan western, makanan kampung dan juga pencuci mulut super marvelous yang anda kena cuba. Harga yang sangat berpatutan dan yang paling penting layanan yang sangat cepat. Sekejap je makanan sampai lepas anda order. Pengacara Jalan-jalan Cari Makan (JJCM), Naz pernah makan kat sini. Anda bila lagi?

 JJCM
TomYam  ( JJCM )
Spaghetti Carbonara (JJCM )

Tomyam dan spaghetti carbonara makan yang wajib Wafa order. Memang favorite Wafa makanan ini, so no wonder lah Wafa akan order dua makanan ni. Tapi memang Wafa recommend dua makanan nie sebab memang sedap.

Lamb Chop

Wafa tak pernah lagi la makan lamb chop dan burger kat sini. Tak sempat nak cuba semuanya, tapi kawan Wafa cakap sedap. Kawan yang cakap, bukan Wafa ye...Banyak lagi jenis burger yang ada kat sini. Pineapple Beef Cheese Burger salah satu menu burger yang ada kat Leezo Container.

Pineapple Beef Cheese Burger 

Wafa pernah cuba Chicken Grill Combo, bagi Wafa biasa-biasa je. Nothing special. Kalau anda nak cuba apa salahnya, mungkin kena dengan cita rasa anda. Lain orang lain cita rasa gitu.

Chicken Grill Combo

Banyak lagi menu makanan yang ada kat sini. Wafa tak dapat nak ingat satu persatu menu kat Leezo nie. Wafa pon terlupa nak snap pic menu kat Leezo. Maklumlah excited setiap kali makan kat sini, lupa semuanya. Wafa tinggalkan details kat bawah, mana lah tahu nak cuba makan kat sini lepas baca blog Wafa.

Leezo Container

Maklumat lanjut :
Instagram : Leezo Restaurant
No. Tel : 019-7566080 / 019-7701040
Waktu Operasi : 5.00 pm - 12.15 am
Tutup : Monday





-SELAMAT MENCUBA-
Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen