Selasa, 27 Oktober 2015

Langkah-langkah Memasukkan Google Map di Laman Web


Jika anda ingin menulis tentang restoran yang telah kunjungi atau ingin menceritakan pengalaman perjalanan anda tentu peta menjadi alat yang sesuai untuk dimasukkan dalam lawan web anda. Hari ini saya ingin berkongsi langkah-langkah memasukkan Google Maps ke laman web anda.



Langkah-langkah Memasukkan Google Map di Laman Web:

1. Kunjungi laman web google map : https://maps.google.com/
2. Pilih jenis paparan peta samada peta yang mudah atau peta satelit. Jika anda ingin memaparkan peta anda alam bentuk peta satelit tekan imej yang berada di sebelah kanan dan bawah google map:


3. Cari kawasan yang ingin dipaparkan di web anda.



4. Zoom in atau zoom out peta untuk menentukan paparan yang sesuai untuk menunjukkan lokasi.



5. Pilih menu utama , di sebelah atas dan kiri laman web.

6. Klik Share and Embed Map.



7. Pilih tab Embed map.

8. Pilih saiz paparan yang sesuai



9. Salin (copy) source code dan letakkan di laman web anda.



10. Untuk laman web blogspot ini adalah caranya. Klik HTML untuk ke source code blog anda



11. Masukkan code anda.


Ini adalah contoh peta yang saya berjaya masukkan dalam laman web saya.



Sumber:
  1. https://support.google.com/maps/answer/3544418?hl=en
Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Selasa, 20 Oktober 2015

Top 10 Negara Bukan OIC Paling Dikunjung oleh Muslim


Pada entri yang lalu Wafa telah menyenaraikan Top 10 negara OIC yang paling dikunjungi oleh Muslim. Entri kali ini pula Wafa menyenaraikan 10 negara bukan OIC yang paling dikunjungi oleh Muslim.
   

Top 10 Negara Bukan OIC Paling Dikunjung oleh Muslim

1. Singapura 


Merlion by Nicola Sapiens De Mitri
Laman web pelancongan Singapura di sini.

2. Thailand 
Kuil Buddha, Thailand oleh b i b o y w o r x x x
Laman web pelancongan Thailand di sini

3. United Kingdom 
Tower Bridge, London oleh hans-jürgen2013
Laman web pelancongan United Kingdom di sini

4. Afrika Selatan

Victoria & Albert Waterfront oleh David Stanley
Laman web pelancongan Afrika Selatan di sini

5. Perancis


Menara Eiffel oleh Javier Vieras

Laman web pelancongan Perancis di sini

6. Belgium
Bandar Bruges oleh Carlos Andrés Reyes

Laman web pelancongan Belgium di sini

7. Hong Kong
Duk Ling oleh Kevin Poh

Laman web pelancongan Hong Kong di sini

8. Amerika Syarikat
New York oleh Andrés Nieto

Laman web pelancongan Amerika Syarikat di sini

9. Sepanyol
Madrid oleh Rick Ligthelm

Laman web pelancongan Sepanyol di sini

10. Taiwan
Liberty Square oleh See-ming Lee
Laman web pelancongan Taiwan di sini
Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Isnin, 19 Oktober 2015

4 Laman Web Untuk Pengembara




Khas untuk pengembara sekalian. 4 Laman Web yang patut dikunjungi untuk membantu anda membuat perancangan pengembaraan anda.

Gogobot

Gogobot

Di Gogobot, anda boleh memilih tribe anda. Berdasarkan tribe anda, laman web ini akan members cadangan tempat makan, tempat tinggal dan aktiviti menarik yang boleh diterokai.  Berikut adalah contoh yang boleh anda sertai (http://www.gogobot.com/tribes):

Gogobot Tribe


Airbnb

Airbnb

Dalam entri yang lalu saya ada menulis tentang Airbnb.com yang boleh menjadi penganti kepada hotel. Airbnb ini memberi peluang kepada pengembara untuk mencari tempat penginapan yang murah dengam sentuhan dan layanan tempatan.

Postcard & Tag

Postcard & Tag

Poskad Digital, itu gambaran yang terbaik saya boleh berikan kepada laman web Postcard & Tag. Seperti sekeping poskad cara pengembara mengongsi pengalaman mereka padat dengan visual. Terbaik!

Tripadvisor

Tripadvisor

Tripadvisor adalah sebuah laman web ulasan yang tidak asing lagi. Memiliki jumlah ulasan community yang tinggi menjadi alat yang baik untuk pengembara. Anda boleh menggunakan Tripadvisor secara offline dengan menggunakan applikasinya.


Harap entri ini dapat membantu semua.
Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Jumaat, 16 Oktober 2015

Preloved Sale By MIZZ NINA & FRIENDS


Madeena.my

Jangan ketinggalan untuk membeli sambil menderma "MIZZ NINA & FRDIENDS PRELOVE SALE" pada 17 Oktober sehngga 18 Oktober 2015 di Madeena Boutique, Empire Damansara. Banyak pilihan dan harga serendah RM 5. Jangan lepaskan peluang.


Info :
@madeenamy

Masa:

11.00am-9.00pm

Lokasi :
Lokasi Butik Madeena


Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Selasa, 6 Oktober 2015

Melayu Cili Api Steamboat & Grill Menawarkan Pelbagai Pilihan Makanan


Harga untuk seorang

Melayu Cili Api Steamboat & Grill ini baru saja buka di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Walaupun restauran ini baru sahaja dibuka tahun ini,restoran menjadi tumpuan para pelajar UTHM  (Universiti Tun Hussein Onn) dan penduduk disini kerana harga yang berbaloi dan berdekatan dengan tempat perumahan.
Pintu Masuk Melayu Cili Api Steamboat & Grill
 Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan untuk dipilih oleh pengemar steamboat dan grill seperti ayam, daging kambing, seafood dan pelbagai jenis berbola. 

Menu lain yang terdapat disini seperti nasi goreng, bihun goreng,mee goreng, sayur-sayuran,buah-buahan dan banyak lagi. Selain itu, pelbagai jenis ais krim juga terdapat disini. Harga yang sangat berbaloi dan pelbagai pilihan.
Sayur-sayuran yang pelbagai
Menu lain seperti nasi goreng, mee goreng  dan bihun goreng
Pelbagai jenis makanan laut
Pelbagai jenis berbola untuk pengemar steamboat

Salah satu pilihan ais krim (mints)
Terdapat juga makanan sampingan untuk kanak-kanak
Tidak lupa terdapat pelbagai jenis sos pencicah dan ikan bakar yang dibakar panas untuk pelanggan. Melayu Cili Api Steamboat & Grill juga menyediakan  2 jenis kuah tomyam dan sup untuk dipilih.

Pilihan sos pencicah
Ikan bakar panas
Antara pilihan Wafa
Bagi Wafa, restauran ini sesuai untuk keluarga kerana tempat yang sangat selesa dan mempunyai perhiasan yang cantik. Di sini juga menyediakan kemudahan surau bagi yang beragama Islam.

Tempat yang selesa
Antara hiasan dinding
Surau
Wafa mengajak pembaca untuk mencuba di restoran Melayu Cili Api Steamboat & Grill kerana harga yang sangat berpatutan dan terdapat pelbagai pilihan yang menarik.





Lokasi Melayu Cili Api Steamboat & Grill


Untuk Maklumat Lanjut :
No tel : 013-290 0859 

Waktu Operasi :

Info dan Harga Melayu Cili Api Steamboat & Grill


-Selamat Mencuba-



Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen

Jumaat, 2 Oktober 2015

5 Laman Web Pendidikan Percuma atas Talian


Perkembangan teknologi membolehkan sesiapa pun mendapatkan ilmu melalui MOCC (Mass Online Course Catalog).

Berikut merupakan Laman Web Pendidikan Secara Percuma. Selamat Mencuba.


1. Cousera
Coursera
2. EdX

Edx
3. Stanford Online

Stanford Online

4. Future Learn

Future Learn

5. Alison

Alison



Unknown Fashion Kurator

Kurator Fesyen