Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2015

Langkah-langkah Memasukkan Google Map di Laman Web

Jika anda ingin menulis tentang restoran yang telah kunjungi atau ingin menceritakan pengalaman perjalanan anda tentu peta menjadi alat yang sesuai untuk dimasukkan dalam lawan web anda. Hari ini saya ingin berkongsi langkah-langkah memasukkan Google Maps ke laman web anda.



Langkah-langkah Memasukkan Google Map di Laman Web:

1. Kunjungi laman web google map : https://maps.google.com/
2. Pilih jenis paparan peta samada peta yang mudah atau peta satelit. Jika anda ingin memaparkan peta anda alam bentuk peta satelit tekan imej yang berada di sebelah kanan dan bawah google map:


3. Cari kawasan yang ingin dipaparkan di web anda.



4. Zoom in atau zoom out peta untuk menentukan paparan yang sesuai untuk menunjukkan lokasi.



5. Pilih menu utama , di sebelah atas dan kiri laman web.

6. Klik Share and Embed Map.



7. Pilih tab Embed map.

8. Pilih saiz paparan yang sesuai



9. Salin (copy) source code dan letakkan di laman web anda.



10. Untuk laman web blogspot ini adalah caranya. Klik HTML untuk ke source code blog anda



11. Masukkan code anda.


Ini adalah contoh peta yang saya berjaya masukkan dalam laman web saya.



Sumber:
  1. https://support.google.com/maps/answer/3544418?hl=en

Jumaat, 2 Oktober 2015

5 Laman Web Pendidikan Percuma atas Talian

Perkembangan teknologi membolehkan sesiapa pun mendapatkan ilmu melalui MOCC (Mass Online Course Catalog).

Berikut merupakan Laman Web Pendidikan Secara Percuma. Selamat Mencuba.


1. Cousera
Coursera
2. EdX

Edx
3. Stanford Online

Stanford Online

4. Future Learn

Future Learn

5. Alison

Alison



Selasa, 18 Ogos 2015

Bateriku.com Datang Menyelamat!

Laman Utama Bateriku.com

Tentu pembaca pernah mengalami masalah bateri kereta. Mungkin disebabkan pembaca terlupa menutup lampu kereta ataupun disebabkan terlalu lama tidak menggunakan kereta pembaca.

Semalam kereta Wafa tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri. Wafa cuba menghubungi beberapa bengkel kereta untuk mendapatkan perkhidmatan bateri baru tetapi menerima maklum balas yang kecewa kerana pada waktu itu sudah hampir 10 pm.

Setelah beberapa lama mencari di sesawang internet, Wafa menjumpai Bateriku.com. Perkhidmatannya cepat dan berpatutan.

Tidak pasti bateri yang anda perlukan? Laman web Bateriku.com dapat membantu.

Pilih bateri yang betul

Wafa sarankan pembaca yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Hubungi 1800-22-2324 atau WhatsApp 012-2458027 untuk membantu anda dalam kecemasan ya =).

Sumber:
  1. http://www.bateriku.com

Khamis, 6 Ogos 2015

Hoverboard - Imaginasi Menjadi Realiti

Grafik: Lexus
Jika anda peminat filem Back to the Future yang lakonkan oleh Micheal J Fox, anda mungkin berharap hoveboard menjadi kenyataan.

Poster Back to The Future
Kini, mimpi, anda sudah menjadi kenyataan. Lexus, sebuah syarikat automatif telah menghasilkan sebuah hoverboard yang berfungsi.



Mungkin selepas ini, syarikat ini akan menhasilkan hovercar. Mana tahu.

Sumber:
  1. Wikipedia
  2. Lexus